Rabu, 7 Mac 2012

:: KEUTAMAAN SABAR ::



Allah SWT telah menggambarkan orang2 yg sabar dengan pelbagai gambaran dan sifat positif. Allah menyebutkan sabar di dalam al-Quran lebih dr 70 tempat. Allah juga menambahkan ketinggian darjat dan kebaikan kepada orang yg bersabar dan menjadikannya sebagai buah atau natijah dari sifat sabar.



Allah SWT berfirman: 

Maksudnya: "dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami" (al-Sajadah:24)



Allah SWT berfirman:

Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (al-Zumar: 10)

Tidak ada amal kebaikan kecuali pahalanya sudah ditentukan Allah kecuali sabar, yang ganjarannya tiada terkira jumlahnya. Allah juga sudah menjanjikan bahawa orang-orang yang bersabar itu bersama Allah.

Allah SWT berfirman:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang2 yg sabar"(al-Baqarah: 153)

Allah mengumpulkan antara beberapa perkara yang tidak dikumpulkan-Nya bagi selain orang yang sabar.

Allah SWT berfirman:

Ertinya: "Mereka itu ialah org2 yg dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat Nya dan mereka itulah org2 yg dpt petunjuk hidayahNya"(al-Baqarah:157)



Keutamaan sabar yang berasal dari hadis antara lain sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: "Sabar adalah bahagian dari iman"

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang iman, lalu baginda bersabda:

Ertinya: "sabar dan lapang dada"






Jumaat, 10 Februari 2012

.: LELAKI DAN WANITA :.



Ketampanan, Kekacakan, Keindahan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani…. 
Lelaki yang 'cantik'…. 
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, 
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, 
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa, 
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad s.a.w. 
adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki.



Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan, 
Perempuan yang gagah…. 
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, 
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan, 
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, 
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan, 
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular