Jumaat, 10 Februari 2012

.: LELAKI DAN WANITA :.



Ketampanan, Kekacakan, Keindahan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani…. 
Lelaki yang 'cantik'…. 
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, 
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, 
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa, 
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad s.a.w. 
adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki.



Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan, 
Perempuan yang gagah…. 
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, 
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan, 
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, 
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan, 
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular