Isnin, 28 Februari 2011

BICARA BUAT TEMAN..



kepadamu teman..
bicara ini kuutus untukmu..
lahir dari lubuk jiwaku..
dengan rasa yang mendalam..
ingin semuanya tertumpah..
ke lubuk hatimu..


setiap manusia..
merindukan kasih dan sayang..
ia fitrah semulajadi..
menginginkan hidup yang harmoni..
itulah kebahagiaan yang di cari..

mengapa kita terus begini..
bahagia yang mekar mewangi..
mesra yang harum semerbak..
kian terlerai dan mulai sirna..


itu semua bukan kehendak kita..
tapi itulah yang berlaku..
mengganggu kasih yang bersemi..
melerai sayang yang kukuh padu..


marilah kita kutip semula..
mesra yang abadi..
jangan hendaknya kita tergugah..
walau suasana berubah..
kerana cinta Illahi itu abadi..
yang rindu membawa mati..





Ahad, 27 Februari 2011

CINTA BERKAWAN..


Seutas tali
memadu simpul tawamu
 duhai kawan
Simpulnya jatuh 
dipelupuk nurani 
yang tertambat cinta
Cinta berkawan 
bersama nikmati 
semusim masa

Disela kehangatan berkawan 
adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan 
penuh harapan
Andai saja slalu bersama 
setiap masa sehati

Suratan Tuhan 
kita disini 
menapaki cerita bersama
Cinta berkawan 
karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda 
agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..


Khamis, 24 Februari 2011

PERLUKAH AKU KHABARKAN..



Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang~Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan~Perlukah aku khabarkan yg ku alami~Apakah akan terjawab semua~Perlukah aku bukakan keaibanmu~Semuanya terletak dalam hati kecilku~Segala kebenaran atau penjelasanku~Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi~Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan~Untukku menghadapi semua ini~Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah~Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

BICARA CINTA..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ke sana ke sini cari~
Cari teman bicara~
Bicara tentang hati~
Yang merindukan~
Suratan yang tersirat~


Tiada kan terlihat~
Kelak kan yang terjadi~
Menimpa diri ini~


Kelam kabut baru disapa~
Dengan ujian dariNya~
Hingga tak terfikir jalan~
Kembalinya fitrah manusia~


Aku masih di sini~
Mencari redha Ilahi~
Perjalanan ini dibayangi mimpi~
Yang mengaburi~


Dalam kumerindu~
Mencari erti sebenar~
Destinasiku perlukah harus kutunggu~
Sampai bila nanti~

Baru kan kutemui cintaku~


Meski diri ini~

Merasa serba salah~

Kerana mengharap cinta~


Walau bukan kulayaknya~

Namun tak pernah aku~

Untuk berputus asa~

Terhadap Tuhan Yang Maha Esa~


Biarpun ku dicemuh~

Ataupun aku dilempar~

Kata yang bisa menikam~

Naluri dan hati ini~


Kerana aku percaya~

Tuhan lebih memahami~

Tidak Dia memungkiri janji...























Isnin, 21 Februari 2011

HAWA


Darilah tenggelam di lautan rindu..

Biarlah ku terbang ke puncak cinta..

Harum ku puja bagai harum syurga..

Memungkinkan sepasang sayap Janna’im..

Darilah tersungkur dicedera rindu...

Biarlah ku hancur dimamah cinta...

Harum kau hawa bagai harum syurga...

Memungkinkan sekalung doa mustajab..

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka...

Dalam senyumanmu aku tidak terkata...

Angan-angan mendalam sehingga ku terlupa...

Menghulurkan salam menjadi kata pembuka...

Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga...

Secepat hilang sinar gelap baru rindu cahaya...

Secepat hilang siang malam baru siang bermakna...

Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda...

Bagai hilang kau di mata..

Baru kasih bergelora...

ان الله جميل يحب الجمال

الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة


Selasa, 25 Januari 2011

SEJARAH AJARAN JAINISME

Jainisme adalah sebuah agama kuno dari India yang mana dikatakan berasal dari keluarga Dharma. Walaupun pengikutnya adalah kelompok minoriti dengan lebih kurang 49 juta pengikut di India, pengaruh pengikut Jain pada agama, etika, politik, dan ekonomi cukup besar. Penyebaran luas konsep India seperti karma, ahimsa, mokhsa, dan reinkarnasi, sebenarnya berasal dari guru-guru Jain atau dikembangkan dari sekolah gagasan Shramana, tempat asalnya Jainisme. (Paul Masson: 1934)
Ajaran ini kira-kira sudah wujud pada zaman prasejarah India.  Pengikut agama Jainisme yang digelar Jaina mempercayai dengan adanya 24 Tirthankkara atau “pendiri keyakinan” dari mana keyakinan dan agama Jainisme diturunkan dan berkembang. Menurut tradisi Jainisme, Tirthangkara pertama adalah Rishabha yang merupakan pendiri agama Jainisme dan yang terakhir adalah Mahavira, pahlawan spiritual besar, yang namanya juga adalah “vardhamana”. Mahavira, nabi terakhir tidak boleh dipandang sebagai pendiri, kerana sebelum beliau, ajaran-ajaran Jainisme telahpun wujud. Tetapi Mahavira memberikan orientasi baru sehingga Jaina masa kini menganggap ajaran JainIsme berasal dari Mahavira. Ia hidup pada abad ke-6 sebelum masihi se-zaman dengan Buddha. (A.L. Basham: 1975)
Ajaran ini menekankan aspek etika, terutama komitmennya terhadap konsep ahimsa. Para sarjana mengatakan, konsep ahimsa inilah yang banyak mempengaruhi ajaran-ajaran berikutnya, seperti Buddha, dan Hindu. Menurut tradisi Jaina, perguruan yang sangat panjang sejak zaman pra-sejarah diturunkan dimana keyakinan ajaran ini diteruskan dari satu generasi kegenerasi berikutnya. Guru-guru yang telah meneruskan ajaran-ajaran Jaina ini berjumlah dua puluh empat orang (seperti yang disebutkan diatas tadi), yang disebut Tirthangkara atau “penyebar keyakinan” dan yang telah mendapat pencerahan. (Wm. Theodore de Bary: 1958)


Rabu, 5 Januari 2011

Yes, dunia baru Internet mobiliti

KELAJUAN mengakses Internet lima kali lebih laju daripada capaian rangkaian 3G. Itu antara kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan terbaru Internet 4G Yes yang dibawakan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.

Melengkapkan inovasi teknologi itu, Yes turut menawarkan gabungan perkhidmatan komunikasi data bersama suara.
Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.
''Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.
''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS)
''Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sesuatu yang unik mengenai Yes, rangkaian operasinya tidak melibatkan sokongan kad sim, sebaliknya pengguna akan dibekalkan dengan pengenalan Yes ID iaitu nombor telefon 018.
Dengan hanya satu maklumat pengenalan itu, pengguna akan dapat mengakses pelbagai perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa juga peranti.
Ia merangkumi pelan panggilan, Internet bergerak dan jalur lebar mudah alih.
Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.
''Pelarasan rangkaian ini bakal memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara lebih bebas dan fleksibel,'' jelasnya.
Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.
Melalui cara itu, pengguna diberi jaminan tidak akan kehilangan senarai kontak selain boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sama ada melalui peranti telefon bimbit atau pun komputer.
Apa yang paling peting, pengguna Yes juga tidak perlu membayar caj yang tinggi setiap kali mengaktifkan perkhidmatan perayauan dari luar negara.
Untuk servis suara, Yes menyokong enam laluan panggilan suara dan empat laluan panggilan video secara serentak.
Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.
Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap tiga megabit (MB), satu minit panggilan telefon dan satu SMS.
Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.
Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Yes boleh mengunjungi rangkaian Yes Flagship Store atau layari laman web www.yes.my.

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Ahad, 7 November 2010

:: perutusan raja sehari ::


WALIMAH AL-'URUS MOHD HUSNI dgn pasangannya NORAZRIN

putera ke-2
HJ MD AKIP IBN HJ HUSIN IBN HJ NOOR.
HJH JUANA BINT HJ SOLEH IBN HJ ARSHAD.

moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat..
dikurniakan zuriat yang solehah serta soleh..


Rabu, 27 Oktober 2010

:: SELAMAT MALAM::


bismillahirrahmanirrahim..

hukhuk..tiba2 nak citer pasal bab tido plak..yela..musim exam ni..tido main belasah je..kat surau pon jd..
doa nak tido doa bangun tido pon ntah ke mna...

ha,ni de satu qit'ah, ak terbaca kat buku..bunyinye cmni....hmmm...

Orang2 kita biasa berpesan, sebelum tidur kebut dahulu tilam dengan sarung atau selimut. Pesanan ini sebenarnya bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu, baginda berpesan: "Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan menimpanya." (shahih al-Bukhari)

Ketahuilah bahawa manusia terbahagi kepada tiga kategori pada waktu malam. Kategori pertama ialah mereka yang mendapat pahala, iaitu mereka yang menjadikan tidurnya sebagai suatu ibadah. Kedua ialah mereka yang mendapat dosa iaitu mereka mereka yang melakukan maksiat pada malam hari atau melakukan aktiviti sia-sia hingga lewat dan terluput waktu sembahyang subuh. kategori ketiga pula ialah mereka yang tidak mendapat pahala atau dosa, iaitu mereka yang mnejadikan tidur sekadar aktiviti kebiasaan. Tambahan lagi, kalau tak baca doa sebelum dan selepas tidur.


huhu..tp xde la smpai tido kat atas timbunan buku2..mcm kat atas ni..haha..

Selasa, 19 Oktober 2010

:: NIKAH??ERMM..::


hmm..tetibe je nak post pasal ni~tgOk je la pic kat atas ni ha~adeh~~
tinggal bln dpn je my brader dah nak bertukar status~
tak sempat nak "pau" dia abes2an~~

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



lebih2 lagi bila dengar lagu SAAT LAFAZ SAKINAH by far east~~
adesss~~makin sentap rasanya~~
hope my brader will be a good husband for his future wife~~
dan mampu membimbing isterinya menjadi bidadari syurga kelak~~
Insyaallah....


ni plak picture TEPAK SIREH~~
hihi...geli hati bila terkenangkan peristiwa my 1st brader dlu nk nikah~~
my sis bleh plak terjatuhkan tepak sireh ni~~
mau tergolek2 kt ats tanah~~adeh~~malu dennnn~~haha...


klau perasan la gambar kat atas tu gambar cincin~~
agk simple tp canteekkk juga bila di pandang~~
klau sebelum ni sy terlepas nak lihat my 1st brader sarungkan cincin pada akk,aiyaaa...kali ni,bln dpn...sy akan pastikan sy akan melihatnya~~kehkehkeh...




hupp!!dh nak habis dah~~
hope time walimah al-'urus nanti berjalan dengan lancar dan sempurna~~
tak sabar nak tunggu saat tu nanti~~
lalala~~
wasalam....

Sabtu, 16 Oktober 2010

:: EXAM NAK DEKAT DAH NI!! ::


~SELAMAT BERJUANG~
Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Catatan Popular