sepanjang proses menyiapkan assigment falsafah ini,hampir sahaja nak gila.Sahabat saya sampai demam-demam tapi saya alhamdulillah masih lagi sihat..cuma terlampau letih.Badan letih, mata letih, mulut letih, telinga letih, jari letih, perut pun sama letih..hihihihi..tapi semuanya berbaloi-baloi..jom kita lihat diantara isi assigment saya ni.
Sebelum tu,apa yang saya nak kata ialah perbahasan yang kami bincangkan ini ada part-part yang memeningkan kepala kita..
Jadualnya akan saya letakkan untuk post seterusnya..
Wallahu a'lam..
1.PERBAHASAN KONSEP EMANASI.
Teori emanasi atau “Al-Faid” dikenali sebagai satu proses limpahan. Di peringkat awalnya teori ini adalah pengaruh daripada pemikiran falsafah neo-platonisme dan menjadi satu bidang perbahasan di kalangan ahli falsafah Islam. Antara yang terpengaruh dengan teori ini ialah al-Farabi yang menggunakan teori emanasi ini, al-Farabi cuba untuk menjawab persoalan mengenai kejadian alam secara rasional. Hal ini ada kaitannya dengan Ibnu Sina di mana beliau juga turut terpengaruh dengan pemikiran al-Farabi, juga merupakan gurunya. Beliau juga cuba menggunakan teori ini dalam membahaskan tentang kewujudan tuhan dan alam. Dalam memahami proses emanasi ini, Ibnu Sina menggunakan teori al-‘Aqlu al-‘Asyarah[1].
Menurut Ibnu Sina akal yang tertinggi itu adalah tuhan yang mana memancarkan akal pertama. Hasil daripada ta’aqqul akal pertama sebagai ‘wajib al-wujud” maka terpancarlah akal yang kedua yang berta’aqqul sebagai “wajib wujud li-gharihi” lalu menghasilkan an-Nufus al - Awwal (jiwa) yang berperanan untuk mengerakkan langit yang terjauh maka keadaan ini disebut sebagai “Mumkin al-Wujud Lizatihi”. Seterusnya hasil daripada ta’aqqul akal kedua pula akan memancarkan akal yang ketiga lalu mewujudkan jiwa yang kedua yang berperanan mengerakkan “falakul tsawabit”[2] maka terhasillah planet musytari dan proses ta’aqqul ini akan berterusan sehingga sampai kepada akal yang kesepuluh dan terciptanya bumi. Maka dari akal yang kesepuluh ini disebut sebagai Akal Fa’al lalu terpancarlah segala yang ada di bumi dan jua segala yang terdapat dibawah sinaran bulan. (Parvis Morewedge 1973: 258-262)
Oleh yang demikian, dapat dikatakan disini proses emanasi ini bermula daripada tuhan sebagai “wajib al-wujud”. Bermula daripadanya, terhasillah “mumkin al-wujud”. Hal demikian kerana pada awalnya Tuhan itu bersifat Esa (tunggal) namun Ia hanya memancar dari zat yang Esa. Tambahan lagi, akal pertama iaitu tuhan memancarkan akal yang pertama yang bersifat “wajib al-wujud” yang kemudiannya wujud dalam tiga bentuk iaitu Akal, Jiwa, dan falak - falak (segala yang wujud antara langit dan bumi). Antara sebab berlakunya emanasi itu dalam tiga bentuk ianya disebabkan oleh: (Al-Sharastani 2006: 375-376)
i. Ta’aqqul akal terhadap penciptanya yang memancarkan zat akal yang lain. Akal-akal ini merupakan sebagai penggerak secara tidak langsung daripada jiwa (Qudrah).
ii. Ta’aqqul akal terhadap zat-Nya sendiri sebagai “wajib al-wujud”. Hasil daripada ta’aqqul ini memancarkan jiwa yang darjatnya lebih rendah daripada akal dan jiwa ini juga berperanan sebagai penggerak secara langsung falak.
iii. Ta’aqqul akal sebagai “mumkin al-wujud” yang ada pada zat Tuhan maka terjadilah alam semesta ini. Kemunculan atau limpahan kedua berlaku kerana akal pertama boleh memantul dua kali ganda ke atas alamnya ,
Motif utamanya adalah untuk menggerakkan dunia, bukan sebagai pencipta. Jadi menurut pandangan Ibnu Sina ini, Tuhan sebagai “wajib al-wujud” itu adalah hanya sebagai penggerak yang pertama bukan sebagai pencipta. Menurutnya lagi, akal ini tidak mampu untuk menggerakkan alam yang berjisim, oleh sebab itulah ada jiwa untuk menggerakkan alam ini. Selain itu, menurut Ibnu Sina akal-akal yang melahirkan jiwa-jiwa tersebut adalah malaikat Allah dan akal al-fa’al atau akal kesepuluh merupakan malaikat Jibril kerana alam berkait rapat dengan akal-akal malaikat hingga berhubung dengan “wajib al-wujud”. (Yuhanna Qamir 1968: 30)
Di samping itu, Ibnu Sina mengatakan bahawa setiap falak yang terjadi ialah limpahan jirim-jirim langit yang terdiri daripada empat elemen iaitu ringan dan berat. Bagi elemen yang ringan ianya akan cenderung untuk naik ke atas manakala bagi elemen yang berat pula ia cenderung untuk turun ke bawah. Seterusnya elemen pertengahan antara elemen yang ringan dan berat ini akan berada dalam keadaan stabil iaitu berada antara atas dan bawah. Inilah yang digambarkan sebagai kejadian alam iaitu merangkumi unsur air, api, tanah dan angin. (Al-Sharastani 2006: 377)
Di samping itu, Ibnu Sina turut menyatakan bahawa proses emanasi ini berlaku atas Tuhan redha dengan apa yang dilimpahakan olehNya. Sebagaimana yang diketahui, sesuatu zat tidak berjisim dan tidak berjirim serta segala entiti yang wujud adalah kerana ZatNya. Oleh itu, pencipta makhluk itu mustahil untuk berniat untuk mengqasadkan sesuatu tentang penciptaanNya seperti kejadian langit dan bumi dan segala yang ada diantara kedua-duanya. Justeru, setiap yang menjadi sebab (illat) bagi sesuatu yang lain adalah lebih sempurna dari kewujudan yang lain. (Al-Sharastani 2006: 380)