Rabu, 10 Mac 2010

PENDAPAT PENULIS MENGENAI TEORI KEWUJUDAN TUHAN OLEH IBNU SINA.


Hanya sebahagian sahaja yang saya jelaskan mengenai teori kewujudan Tuhan menurut pandangan Ibnu Sina kali ini..Ada lagi banyak pages tentang teori yang dibawa ni, mybe lain kali saja di jelaskan, takut ada yang senget kepala nak memahamkannya..alright..
Pertama:

Alam ini ialah makhluk yang baru dicipta oleh Allah S.W.T setelah sebelumnya ia tiada. Ini berdasarkan dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ (kesepakatan) umat Islam. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.(Al-Quran Al-A’araf 7:54)

Sesungguhnya membahagikan kewujudan kepada “wajib al-wujud” dan “mumkin al-wujud” yang (diciptakan) selepas sebelumnya tidak wujud; pembahagian tersebut adalah dianggap suatu kerosakan yang sudah sedia maklum diketahui oleh semua orang yang berakal. Selain Allah semuanya bersifat baru, ia wujud setelah asalnya ia tiada dan bahawasanya Allah S.W.T adalah Pencipta bagi setiap sesuatu yang pada asalnya tiada. Hanya Allah sahaja yang bersifat kekal dan qidam dan sudah tentulah apa yang selainNya bersifat baru kerana asalnya tiada.



Kedua:
            Allah S.W.T hanya mengetahui yang terperinci sahaja. Teori ini di tolak kerana Allah S.W.T dalam asma al-husnaNya, Allah swt. disebut sebagai Al ‘Alim (Yang Maha Mengetahui).
Bahwasanya ilmu Allah tidak terbatas. Dia mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, yang dahulu, sekarang, ataupun besok, baik yang ghaib maupun yang nyata. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.(Al-Quran Al-Hajj 22: 70)

                Ilmu Allah S.W.T Maha Luas, tidak terjangkau, dan tak terbayang oleh akal fikiran, tiada terbatas. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan yang akan terjadi serta yang mengaturnya. Manusia, malaikat, dan makhluk manapun tak akan mampu menyelami lautan ilmu Allah S.W.T. Bahkan untuk mengetahui ciptaan Allah sahaja manusia tidak akan mampu. Tentang tubuh manusia itu sendiri sahaja, tidak semuanya dapat dicapai oleh manusia walaupun melalui kemajuan ilmu pengetahuan mahupun teknologi canggih masa kini. Semakin didalami semakin jauh pula yang harus dijangkau, dan semakin banyak pula misteri yang harus manusia selidiki.


Ketiga:
Hujah yang dikeluarkan oleh Ibnu Sina iaitu nyata sama sekali tidak munasabah. Hal ini kerana sepertimana yang umat kita tahu bahawasanya Allah itu bebas dengan sifat IradahNya untuk menciptakan segala apa yang Dia kehendaki.

            Seperti contoh teori Ibnu Sina mengatakan bahawa alam ini terhasil melalui proses emanasi. Dapat dilihat disini ianya bertentangan sekali dengan prinsip dalam al-Quran iaitu dalam Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: Allah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy’. Bagimu tidak ada seorang pun pemolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memerhatikan? Dia mengatur segala urusan dari langit dan bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun tahun menurut perhitunganmu.(Al-Quran Al-Sajadah 32: 4-5)

            Di sini, apa yang dapat difahami ialah penjelasan mengenai penciptaan langit dan bumi ini ada tempoh yang tertentu sewaktu penciptaannya. Hal ini jelas menolak pandangan Ibnu Sina alam ini wujud hasil daripada limpahan Allah. Bukan itu sahaja, di dalam teori Ibnu Sina juga ada menyebut bahawa Allah s.w.t itu tidak mempunyai pilihan untuk mengawal penciptaannya. Di samping itu, perhatikan pada ayat kelima yang menjelaskan bahawa segala peraturan langit dan bumi diuruskan oleh Allah Ta’ala mengikut kadarnya. Jelas sekali di sini kami menolak hujah Ibnu Sina yang mana penggunaan teori akal yang dibawa oleh Ibnu Sina dalam konteks ketuhanan menyebabkan penggunaan berbilang akal, dan wujud darjat di antara setiap susunan akal dan jiwa semasa berlakunya proses emanasi.

Keempat:

Maksudnya: Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun. Dan kami hamparkan bumi itu dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingati Allah)”.( Al-Quran Qaaf 50: 6-8)

            Berdasarkan ayat di atas, kami lihat di sini, apabila manusia berfikir mengenai kejadian langit dan bumi serta segala apa yang terkandung di antara keduanya, secara tidak langsung ia menggalakan manusia untuk meneliti, mengkaji dan memahami proses penciptaan alam mengikut sunnahNya. Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Ibnu Sina telah berusaha untuk membawa manusia memikirkan dalam teori falsafahnya mengenai teori kewujudan tuhan dari sudut antologi dan kosmologinya.

Catatan Popular