Pertamanya, nk minta maaf la sbb t'lalu kecil gambarajah dalam jadual (post sebelum ni). Untuk memahami gambarajah tersebut pada saya bukanlah mudah untuk memahaminya. Saya terpaksa ber'amiginasi' sendiri, apakah yg sbenarnya yg ingin disampaikan oleh Ibnu Sina.
“Wajib al-wujud” bererti sesuatu itu wajib ada, tidak boleh tidak. Secara ringkasnya, mengikut logik prinsip akal, sesuatu itu mesti ada dan mustahil tidak ada. Oleh itu, kesempurnaan wujud ini adalah kerana zatNya, bukan kerana sesuatu yang disandarkan terhadap zat “wajib al-wujud”. Hal ini kerana, kesempurnaan wujud adalah kesempurnaan kebaikan iaitu sesuatu yang diperlukan oleh semua, maka dengan “wajib al-wujud” ini, sempurnalah kewujudan yang lain. Maksudnya, segala yang ada adalah daripada kesempurnaanNya. Oleh sebab itu, “wajib al-wujud” adalah bersifat ‘aqil, ‘aqlu dan ma’qul serta bersifat Esa dan Hakikat yang tertinggi. “Wajib al-wujud” ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: (Parviz Morewedge 1973: 53-54)
a) “Wajib al-wujud bizatihi” ialah kewujudan yang kerana zatNya dan bukan kerana sesuatu yang lain iaitu sesuatu itu berdiri dengan zatNya sendiri.
b) “Wajib al-wujud bighairi zatihi” pula adalah sesuatu yang wujud kerana ada yang lain tetapi tidak semestinya jika tidak ada yang lain ianya tidak wujud. Oleh itu, “wajib al-wujud bighairi zatihi” merupakan “mumkin al-wujud lizatihi”.
“Mumkin al-wujud” pula bermaksud tidak ada kewajipan baginya untuk wujud atau tidak wujud. Maksudnya jika tidak wujud pun tidak mengapa. Hal demikian kerana sesuatu perkara tidak semestinya wujud dengan sebab sesuatu. Contohnya angka empat berkemungkinan wujud hasil daripada angka dua ditambah dengan dua. Kemungkinan angka empat ini tidak wujud jika tidak ada angka yang lain untuk mewujudkannya. Hal ini menjelaskan “mumkin al-wujud” ini ialah sesuatu keadaan yang tidak harus wajib wujud dengan dirinya dan dengan selainnya berlaku secara serentak. Ringkasnya, jika diandaikan sesuatu itu tidak ada atau diandaikan ada, natijahnya sesuatu itu boleh ada dan tidak ada. Hal demikian membentuk dua keadaan iaitu: (Parviz Morewedge 1973: 50-53)
a) Jika sesuatu itu terpisah dengan sesuatu yang lain dan kekal kewujudannya maka natijahnya sesuatu itu wujud dengan zatnya sendiri (wajib al-wujud).
b) Jika sesuatu itu terpisah dengan sesuatu yang lain dan tidak kekal kewujudannya, maka natijahnya sesuatu itu wujud bukan dengan zatnya sendiri (mumkin al-wujud). Seperti “Mumkin al-Wujud”. Setiap sesuatu ada sebab, dan sebab-sebabnya adalah infiniti. Contohnya jika A adalah penyebab kepada B, B penyebab kepada J, J penyebab kepada D, D penyebab kepada A. Rantaian ini akan menjadi rantaian sebab. Ia telah dibuktikan bahawa mesti ada sebab luaran kepadanya. Ketidakmunasabahan perbincangan tentang kebebasan sebab juga terdapat didalam pembuktian yang lain. Jika D adalah penyebab kepada A, penyebab kepada penyebab kepada B dan J ialah disebabkan A. Dengan itu, sesuatu entiti akan bertindak sebagai sebab dan penyebab. Justeru, setiap entiti akan kembali kepada “Wajib Al-Wujud” kerana ia adalah sumber limpahan kepada entiti yang lain. (Parvis Morewedge 1973 : 59)