Jumaat, 23 Julai 2010

.::TAAT DAN MENINGGALKAN LARANGAN::.

Beberapa hari lepas, aku ada terbaca beberapa bait syi’ir. Rasa tertarik dengan syi’ir tersebut lalu aku nukilkan ia di dalam note ku. Ianya disampaikan oleh Muhammad bin Basyir, yang berbunyi;

“SEMALAM KAMU LEWAT SEBAGAI SAKSI YANG ADIL.
HARIMU INI JUGA MENYAKSIKAN PERBUATANMU.
JIKA SEMALAM ENGKAU BERBUAT BURUK.
LIPATKANLAH KINI DENGAN KEBAIKAN, ENGKAU TERPUJI.
JANGAN KAU TUNDA PERBUATAN BAIKMU SAMPAI ESOK.
BARANGKALI ESOK AKAN DATANG NAMUN ENGKAU TELAH TIADA.”

“TELAH KAU LAKUKAN DOSA YANG KAU INGINKAN.
KAU TUNDA JUGA TAUBAT DI MASA DATANG.
SEDANG MATI DATANG DI SAAT TIADA DI DUGA.
ITU BUKAN PERBUATAN ORANG YANG BERAKAL.”

Ku hayati tiap2 bait syi’ir tersebut. Paling tertarik aku dengan bait yang menyebut “SEDANG MATI DATANG DI SAAT TIADA DI DUGA”…

Allahu Rabbi..astaghfirullah…astaghfirullah…mengingati mati membuatkan hatiku tenang. Setiap perlakuanku ku atur dengan sebaik mungkin agar aku sedar akan kesilapan yg terbit. Kesibukan dengan duniawi menyebabkan aku terkadang lupa dengan kalimah Istighfar. Kalimah itu sahaja aku terkadang lupa, inikan pula dengan taubat. Aku masih mencuba, akan aku paksa diri ini jangan terlalu memanjakan diri dengan masa sepertiga malamku. Aku ini hanyalah manusia biasa, mudah tergoda dengan mainan duniawi. Meskipun airmata menitis membasahi kain sembahyangku, tapi tetap sahaja ada dosa yang bersinggah..akhir kalam; “ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KAREEMUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU’ANNI”.

Jumaat, 9 Julai 2010

.::PENGAWASAN KETAT TERHADAP REMAJA BKN PENYELESAIANNYA::.

Menurut Nurwani Ahmat- Gejala sosial yang berlaku di Malaysia semakin kritikal terutamanya kes-kes yang melibatkan remaja yang merupakan generasi pemimpin pada masa hadapan. Isu ini telah dibahaskan bertahun-tahun lamanya oleh pimpinan kerajaan, badan-badan NGO, namun penyelesaiannya masih belum menampakkan hasil.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang meminta ibu bapa melakukan pengawasan yang ketat terhadap anak remaja mereka sebagai pendekatan yang boleh mengurangkan risiko, bukanlah satu penyelesaikan terbaik.
Dalam banyak kes, ibu bapa sering menjadi ’mangsa’ sesuatu kesalahan itu diletakkan. Adakah remaja, generasi terkini tanggungjawab institusi keluarga sahaja? Ada yang kata bukan salah ibu mengandung maka siapakah yang harus dipersalahkan?

Cuba kita bayangkan keadaan sesetengah ibu bapa yang bekerja siang malam mencari rezeki untuk hidup pada 
zaman ekonomi yang sangat kritikal ini. Ada  antara mereka yang bekerja shift malam atau bekerja lebih masa untuk mencari lebihan pendapatan.

Adalah cukup sukar bagi mereka mengawal aktiviti anak-anak di sebelah malam jika pada waktu yang sama terpaksa menjalankan tanggugjawab mencari rezeki menampung kehidupan seharian. Tambahan pula jika hidup di bandar-bandar besar yang membuka 1001 peluang hiburan untuk remaja-remaja melakukan aktiviti tidak bermoral.

Dalam konteks gejala sosial dan jenayah yang cukup kronik masa kini, semua pihak sering menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan ’ramuan terbaik’ untuk mengurangkan dan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang wujud. ’Ramuan terbaik’ itu  tak lain dan tak bukan hanyalah kembali kepada Islam.

Kementerian pendidikan perlu menghasilkan ’formula’ terbaik silibus pendidikan supaya anak-anak ini dikenalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mewujudkan lebih banyak program kesedaran yang mengunakan ’ramuan terbaik’ mengikut acuan Islam agar ibu bapa dapat diterangkan tentang peranan mereka mendidik anak-anak mengikut kaedah Islam.

Kementerian Belia dan Sukan perlu memikirkan ’resepi’ yang berlandaskan syarak’ bagi menarik remaja untuk aktif dalam aktiviti sukan dan kesenian. Apa yang kita lihat masa kini, remaja-remaja kita bergaul bebas dalam aktiviti sukan dan hiburan yang melampau. Majoriti remaja masa kini telah sesat jalan dan adanya yang telah rosak aqidah kerana hilangnya pegangan tentang ajaran agama.

Kementerian Penerangan perlu memastikan program-program hiburan yang dipaparkan tidak menggalakkan anak-anak remaja ke arah perlakuan maksiat. Banyak program-program hari ini mendedahkan kehidupan bebas remaja yang mengikut trend semasa  dan majoriti ’idol’ yang ditonjolkan sama sekali tidak mengikut cara hidup Islam yang betul. Selain itu, anak-anak sekarang lebih dimomokkan untuk takut dengan ’hantu’ melalui drama-drama seram dan ngeri berbanding takutkan Allah dan Pencipta mereka. Remaja sekarang lebih mudah percaya apa yang ada di kaca TV daripada percaya dengan nasihat ibu bapa dan guru.

Jika semua pihak menjadikan Islam sebagai POLISI atau DASAR dalam perlaksanaan sesuatu program, aktiviti dan pelan tindakan;  maka sudah pastinya gejala sosial dan jenayah yang menghantui kita selama ini dapat dikurangkan dan seterusnya dibasmi sebaik mungkin.

Lantaran itu, saya menyeru kepada semua pihak sama ada ibu bapa, pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat agar menjadikan ISLAM sebagai ’formula’ atau ’ramuan terbaik’ mengatasi sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama membawa anak-anak kita, remaja kita yang telah sesat jalan untuk kembali menghati ajaran Islam.

Ingatlah dan renungkanlah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w buat ummatnya "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Khamis, 8 Julai 2010

.:: WE ARE SERVANT ::.


I`m prund to be a muslim man

My code of live is Al-Qur`an
 
I hear and honour the azan
 
And I will die in muslim mind

Laa ilaa ha illallah

Muhammadur Rosulullah
 
Let Allah be your guiding right
 
We got concious day and night
 
You will be procious in his sight
 
If you follow his giding light 
 

Rabu, 7 Julai 2010

.::THE LOVE OF ALLAH S.W.T ::.



 Look the birds they're singing melody of love
 

Look at the beauty sky across the mountain high
 

Look at the sun giving shines to world
 

Look at the beauty stars up on the sky

 

The sea has it's pearls
 

The sky has it's sun
 

The rainbow glows beyond the wind
 

They're all praise the power of Allah

 

Look at the land and all
 

Look around the world
 

Can't you see the love of God
 

It's a peace and harmony..

 

Ahad, 4 Julai 2010

.:: FORGIVE ME ::.



It's such a cold night  
And it's so dark
Walking down the streets of memories

I'm here all alone
With no one by my side
It's only me thinking of you
With hands full of sin

Allah..here I come
Allah…I'm crying for forgiveness
Although I have betrayed you
So many times in the past
A lord, it's so fair for you to punish me

In the morning light
On a sunny day
Crying happy tears
Coz I'm free

I need you to guide me
Protect me don't ever leave me
Strengthen my faith light up my heart
With the light of iman

Allah…I want to thank you for saving me
Allah….thank you for giving me hope
I promise you I won't betray you
Any more a lord

I hope you'd always guide me
And lead me to happiness
With the ones you love
Together in paradise



 

Sabtu, 3 Julai 2010

.::THE BEAUTY OF ISLAM::.


Look at the beauty of Islam 

Spreading around the world

See the preetiness of Islam

Like llowers blooming everewhere

Blooming and spreading grecefully

On the highlands and on the valleys
 
Take a look at the cause of the beaty
 
They are servants working for their god
 
And the beauty has been showered
 
With the sweats of the companions
 
And the preetiness has been enriched
 
With the coming of the reformers.

Jumaat, 2 Julai 2010

ku menanti saat itu...


Salamun'alaiQ,
Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular