Isnin, 11 April 2011

~YANG HILANG DIGANTI OLEH ALLAH SWT~

Allah SWT tidak akan mengambil sesuatu daripadamu melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik jikalau engkau mahu bersabar maka engkau akan mendapati pahala, sepertimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

“Siapa yang ditinggal mati oleh kekasihnya dan dia bersabar maka pahalanya adalah syurga. Siapa yang diambil belahan jiwanya daripada dunia dan dia bersabar maka syurga sebagai pengganti. Siapa yang kehilangan anaknnya dan dia bersabar maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di dalam syurga”.
            
Janganlah engkau bersedih hati disebabkan dengan suatu musibah, kerana yang telah menetapkan musibah sesungguhnya telah menyediakan balasan dan pengganti yang jauh lebih baik iaitu balasan syurga dan pahala yang berlipat ganda.

Sesungguhnya para wali Allah telah diuji oleh pelbagai cubaan dan musibah dan mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah yang mana firmanNya bermaksud:

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (Al-Raa’d: 24)
                
Adalah wajib keatas kita untuk melihat pengganti, balasan, kebaikan, dan pahala daripada musibah yang kita hadapi. Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka itulah yang mendapat keberkatanb yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-Baqarah: 157)
                
Berilah khabar gembira orang-orang yang sabar dalam menghadapi cubaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya umur dunia ini amat singkat dan harta karunnya adalah amat tidak berharga, sedangkan akhirat adalah kampong yang lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia. Maka barangsiapa yang mendapati musibah di dunia, nescaya cukup akhirat baginya, sesiapa yang penat dan letih di dunia maka dia akan rehat di akhirat. Adapun orang-orang yang bergantung kepada dunia, mencintai dan mengejar-ngejarnya maka mereka itu akan terseksa oleh kehilangan keberuntungan mereka atas dunia yang mana mereka telah menghabiskan masa rehat mereka untuk mengejarnya. Oleh sebab itu musibah-musiabah yang datang menimpa akan mereka rasai amat besar dan dahsyat kerana mata mereka hanya tertuju pada tapak kaki sehingga yang dilihat hanya dunia yang fana dan tidak bererti ini.  
wahai orang2 yang ditimpa musibah, apa yang telah terjadi biarkanlah Sberlalu dan jadikanlah dirimu termasuk dalam golongan orang2 yang beruntung, telah diutus kepadamu suatu risalah yang jelas ajarannya, ajaran yang penuh kasih sayang, pahala dan pilihan yang baik, maka baik bagi orang2 yang ditimpa musibah hendaklah dia melihat pengajaran hasil dan kebaikan yang ada di sebaliknya. Firman Allah yang bermaksud:

“lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan disebelah luarnya daripadanya ada seksa”.
                
Segala sesuatu yang ada di sisi Allah adalah yang lebih baik dan berkekalan dan itulah sebaik-baik dan setinggi-tinggi pahala.   

--->min kitb: Thalaathuuna Sababan Lis Sa'aadah





Catatan Popular