Ahad, 22 Ogos 2010

BANGSA YANG BIJAK..


PENDAHULUAN.
Yahudi adalah bangsa yang dikenali di dunia sejak zaman silam. Kini mereka menubuhkan Negara mereka di bumu Palestin yang dikenali dengan “Negara Israel”. Masyarakat antarabangsa masing-masing mempunyai sikap yang berbeza –beza terhadap Negara tersebut, sama ada menyokong atau menentang. Tetapi keseluruhan umat Islam menentang penubuhan Negara Israel dan dianggap sebagai tidak sah, kerana orang-orang Yahudi merampas hak penduduk asal Palestin yang tinggal di kawasan tersebut. Perbincangan selanjutnya mengenai tajuk di atas adalah berdasarkan nas-nas al-Quran dan juga tafsiran ulama.
ASAL NAMA YAHUDI.
Di dalam al-Quran Allah menyeru kaum Yahudi dengan seruan “Ya Bani Israil” ertinya: wahai anak cucu Israel. Dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya’qub bin ishak bin Ibrahim a.s. Dengan ini nyata bahawa mereka adalah dari asal keturunan Nabi Ya’qub a.s. Menurut ahli bahasa, perkataan “Israel” berasal daripada bahasa ‘Ibrani yang disusun dari kalimah “Isra” dan kalimah “el”. Kalimah “Isra” ertinya, hamba dan kalimah “el” ertinya Allah. Oleh yang demikian, makna kalimah “Israel” ialah hamba Allah. Setengah-setengah penulis mengatakan bahawa kalimah “Israel” tidak dikenali pada masa Nabi Musa a.s, tetapi yang dikenali dan diketahui umum ialah Bani Israel, kaum Musa atau ahli Kitab. Orang-orang Yahudi mengakui bahawa merekalah pengikut Nabi Musa  yang sebenar. Tetapi kita tidak pernah melihat al-Quran atau al-Sunnah menyebut mereka secara pujian atau sanjungan. Nabi Ya’qub mempunyai dua belas orang anak dan dari merekalah lahir satu umat yang dinamakan Israel. Firman Allah:
وقطعناهم اثنتى عشرة اسباطا أمما
ertinya: dan Kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku..

Continue……….^_^

Catatan Popular