Selasa, 25 Januari 2011

SEJARAH AJARAN JAINISME

Jainisme adalah sebuah agama kuno dari India yang mana dikatakan berasal dari keluarga Dharma. Walaupun pengikutnya adalah kelompok minoriti dengan lebih kurang 49 juta pengikut di India, pengaruh pengikut Jain pada agama, etika, politik, dan ekonomi cukup besar. Penyebaran luas konsep India seperti karma, ahimsa, mokhsa, dan reinkarnasi, sebenarnya berasal dari guru-guru Jain atau dikembangkan dari sekolah gagasan Shramana, tempat asalnya Jainisme. (Paul Masson: 1934)
Ajaran ini kira-kira sudah wujud pada zaman prasejarah India.  Pengikut agama Jainisme yang digelar Jaina mempercayai dengan adanya 24 Tirthankkara atau “pendiri keyakinan” dari mana keyakinan dan agama Jainisme diturunkan dan berkembang. Menurut tradisi Jainisme, Tirthangkara pertama adalah Rishabha yang merupakan pendiri agama Jainisme dan yang terakhir adalah Mahavira, pahlawan spiritual besar, yang namanya juga adalah “vardhamana”. Mahavira, nabi terakhir tidak boleh dipandang sebagai pendiri, kerana sebelum beliau, ajaran-ajaran Jainisme telahpun wujud. Tetapi Mahavira memberikan orientasi baru sehingga Jaina masa kini menganggap ajaran JainIsme berasal dari Mahavira. Ia hidup pada abad ke-6 sebelum masihi se-zaman dengan Buddha. (A.L. Basham: 1975)
Ajaran ini menekankan aspek etika, terutama komitmennya terhadap konsep ahimsa. Para sarjana mengatakan, konsep ahimsa inilah yang banyak mempengaruhi ajaran-ajaran berikutnya, seperti Buddha, dan Hindu. Menurut tradisi Jaina, perguruan yang sangat panjang sejak zaman pra-sejarah diturunkan dimana keyakinan ajaran ini diteruskan dari satu generasi kegenerasi berikutnya. Guru-guru yang telah meneruskan ajaran-ajaran Jaina ini berjumlah dua puluh empat orang (seperti yang disebutkan diatas tadi), yang disebut Tirthangkara atau “penyebar keyakinan” dan yang telah mendapat pencerahan. (Wm. Theodore de Bary: 1958)


Rabu, 5 Januari 2011

Yes, dunia baru Internet mobiliti

KELAJUAN mengakses Internet lima kali lebih laju daripada capaian rangkaian 3G. Itu antara kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan terbaru Internet 4G Yes yang dibawakan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.

Melengkapkan inovasi teknologi itu, Yes turut menawarkan gabungan perkhidmatan komunikasi data bersama suara.
Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.
''Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.
''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS)
''Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sesuatu yang unik mengenai Yes, rangkaian operasinya tidak melibatkan sokongan kad sim, sebaliknya pengguna akan dibekalkan dengan pengenalan Yes ID iaitu nombor telefon 018.
Dengan hanya satu maklumat pengenalan itu, pengguna akan dapat mengakses pelbagai perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa juga peranti.
Ia merangkumi pelan panggilan, Internet bergerak dan jalur lebar mudah alih.
Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.
''Pelarasan rangkaian ini bakal memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara lebih bebas dan fleksibel,'' jelasnya.
Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.
Melalui cara itu, pengguna diberi jaminan tidak akan kehilangan senarai kontak selain boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sama ada melalui peranti telefon bimbit atau pun komputer.
Apa yang paling peting, pengguna Yes juga tidak perlu membayar caj yang tinggi setiap kali mengaktifkan perkhidmatan perayauan dari luar negara.
Untuk servis suara, Yes menyokong enam laluan panggilan suara dan empat laluan panggilan video secara serentak.
Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.
Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap tiga megabit (MB), satu minit panggilan telefon dan satu SMS.
Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.
Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Yes boleh mengunjungi rangkaian Yes Flagship Store atau layari laman web www.yes.my.

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular