Isnin, 28 Mac 2011


bismillahirrahmanirrahim..:)
  salam sahabat..salam blogger..terasa lama benar tak online facebook,tengok gambar kawan2,komen gambar kawan2,hanya bukak utk lihat mesej2 dlm facebook,dan sekadar melihat sekali imbas khabar sahabat2 lama. kali terakhir melihat gambar kawan satu sekolah walimatul 'urus. MasyaAllah,jamilah jiddan..

   kalau sebelum ni sy off account facebook,tp bile fikir2 semula, byk pulak t'tinggal info2 & pemberitahuan2 dr sahabat2. On semula account walaupun hati sebenarnya berbelah bahgi..


kesibukan dgn kerja2 tak remeh, kerja2 remeh, kerja2 separuh remah membuatkan kesempatan nk melayan facebook itu tak de. Alhamdulillah la, bersyukur sgt. bayakkn melihat blog2 b'unsur islamik, blog2 b'unsur politik, blog2 b'unsur kesusasteraan, blog2 bersifat tentang isu2 semasa. InsyaAllah, dengan selalu mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, jiwa akan menjadi tenteram. Hanya dengan mengingati ALLAH SWT..Subhanallah.....:)

Khamis, 24 Mac 2011

:: TEGURAN ITU PENTING ::

sumber utama:
Teguran Itu Penting
www.iluvislam.com

Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh





Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur



Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur





Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting




Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.





Ahad, 20 Mac 2011

::La Tahzan Syila::



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu. 

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... 
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu. 

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... 
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu. 

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu. 

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu. 

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu. 

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. 

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

::TAKDIR::



Apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. 
Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. 
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.


Sabtu, 19 Mac 2011


dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis...

peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika hadir kerana Allah mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..

dan semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN..insyaAllah..AMIN..


Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular