kepadamu teman..
bicara ini kuutus untukmu..
lahir dari lubuk jiwaku..
dengan rasa yang mendalam..
ingin semuanya tertumpah..
ke lubuk hatimu..
setiap manusia..
merindukan kasih dan sayang..
ia fitrah semulajadi..
menginginkan hidup yang harmoni..
itulah kebahagiaan yang di cari..
mengapa kita terus begini..
bahagia yang mekar mewangi..
mesra yang harum semerbak..
kian terlerai dan mulai sirna..
itu semua bukan kehendak kita..
tapi itulah yang berlaku..
mengganggu kasih yang bersemi..
melerai sayang yang kukuh padu..
marilah kita kutip semula..
mesra yang abadi..
jangan hendaknya kita tergugah..
walau suasana berubah..
kerana cinta Illahi itu abadi..
yang rindu membawa mati..
bahagia yang mekar mewangi..
mesra yang harum semerbak..
kian terlerai dan mulai sirna..
itu semua bukan kehendak kita..
tapi itulah yang berlaku..
mengganggu kasih yang bersemi..
melerai sayang yang kukuh padu..
marilah kita kutip semula..
mesra yang abadi..
jangan hendaknya kita tergugah..
walau suasana berubah..
kerana cinta Illahi itu abadi..
yang rindu membawa mati..