Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
memberi nasihat bagi sesama muslim itu adalah wajib walau di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja
Isnin, 28 Disember 2009
Catatan Popular
-
Pertamanya, nk minta maaf la sbb t'lalu kecil gambarajah dalam jadual (post sebelum ni). Untuk mema...
-
Jainisme adalah sebuah agama kuno dari India yang mana dikatakan berasal dari keluarga Dharma. Walaupun pengikutnya adalah kelompok minoriti...
-
alhamdulillah..selesai juga presentation falsafah Islam hari ini..rasa lega yang teramat sangat..sebelum presentation tadi, solat zuhur dulu...
-
- Umat islam mempunyai masa lapang untuk menulis, menterjemah, dan menukil karya-karya. - (pada zaman Rasulullah ...
-
Allah SWT tidak akan mengambil sesuatu daripadamu melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik jikalau engkau mahu bersabar maka...
-
Allah SWT telah menggambarkan orang2 yg sabar dengan pelbagai gambaran dan sifat positif. Allah menyebutkan sabar di dalam al-Quran lebih ...
-
Ikhwan al-Safa merupakan suatu kelompok kawan pencari kebenaran yang terjalin bersama oleh kejijikan mereka terhadap dunia dan pengabdian m...
-
Hanya sebahagian sahaja yang saya jelaskan mengenai teori kewujudan Tuhan menurut pandangan Ibnu Sina...
-
Yahudi Malaysia adalah istilah yang merujuk kepada Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara ini. Mereka khususnya tin...
-
(SUBJEK) AKAL YANG KE- SIFAT ALLAH SEBAGAI WAJIB AL-WUJUD MENGHASILKAN DIRINYA SENDIR...