Ahad, 31 Januari 2010

MENGAPA ANA DIHIDUPKAN DI DUNIA INI??

Untuk Ana sujud menyembah Allah s.w.t..
·         Firman Allah s.w.t, maksudnya:”Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyenbah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”(Surah al-Bayyinah 5:98)
Untuk Ana menjadi khalifah di muka bumi ini..
·         Firman Allah s.w.t, maksudnya:”Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya TuhanMu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”(Surah al-An’am 6:165)
Untuk Ana menyeru kebaikan, membanteras kemungkaran..
·         Firman Allah s.w.t, maksudnya:”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.”(Surah Ali Imran 3:104)
Allah tidak jadikan Ana sia-sia…
·         Firman Allah s.w.t, maksudnya:”Maka adalah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu  (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?Dan kamu (menyangka pula)tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mu’minun:115)

Catatan Popular