Seorang gadis datang menemui Rasulullah s.a.w dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut bajunya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah s.a.w menegurnya: “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”. Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.’ Rasulullah s.a.w mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.”Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul kejudan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku addalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazatdan minuman dari telaga nabi. Ayahku amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.”Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesunggunya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah s.w.t dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke nerakan. Belum sempat air tersebut mencecah ke bibir ibuku, api neraka telah menyambar tangan kananku sehingga melecur. Seketika itu jugalah aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau Ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah s.w.t. jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah supaya menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kesabaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekahdan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.