Isnin, 29 Mac 2010

KU SERAH CINTA INI..


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Ku Serah Cinta
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Ahad, 28 Mac 2010

UNTUKMU TEMAN..

Teman
Persahabatan yang terjalin kini
Hasil kemesraan kita semalam
Andainya ia hancur di ambang esok
Pastinya kita kan bermusuhan adakah perpisahan ini
Menjadi jurang antara kita
Tiada ku tahu kau sebenarnya
Menganggap keakraban kita selama ini
Hanyalah satu permainan
Dan bukannya mahar dalam persahabatan….
Teman
Andainya ada sembilu
Yang pernah menusuk hatimu
Maaf ku pohon
Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
Jangan kau buangkan ianya
Kerna ianya bisa menjana mindamu…
Mengimbas memori kita bersama
Lantas menjernihkan suasana
Yang mengeruhi kolam persahabatan ini
Teman
Laman pertalian ini kian tandus
Kemesraan makin gersang gurau-senda
Lantas bunga-bunga keakrabannya
Turut layu menyembah bumi
Siramilah ia semula
Dengan air kesetiaanmu
Suburkanlah kembali
Dengan baja kelembutanmu
Tapi usah kau lontarkan ia
Dengan batu keangkuhanmu
Kerana diriku sesungguhnya
Bukan keronsangmu……

Selasa, 23 Mac 2010

ELAK FANATIK MAZDHAB..



Siapakah role model yang mempunyai pendekatan toleransi dalam isu khilafiah fiqh di nusantara ini?

ANZARUDDIN: Bagi menangani situasi perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam, setiap individu Muslim terutamanya yang tinggal di nusantara sangat berhajat kepada peribadi yang dapat dijadikan role model.

Tidak syak lagi dalam hal ini Rasulullah SAW ialah model terbaik yang sepatutnya dicontohi. Namun mungkin ada pihak tertentu yang mempersoalkan bagaimana seseorang individu Muslim yang hidup di zaman moden ini dapat meneladani secara keseluruhan peribadi Rasulullah yang mendapat bimbingan terus dari wahyu.

Demikian juga dengan para sahabat yang adakalanya dianggap mustahil dicontohi kehidupan mereka atas alasan mereka adalah generasi terpilih yang dididik secara langsung oleh Nabi lebih daripada 1,400 tahun yang lalu.

Justeru saya berpendapat mengapa tidak dikemukakan contoh di kalangan ilmuwan atau pendakwah berbangsa Melayu sendiri yang lahir dan hidup di zaman yang belum begitu jauh dari zaman kita sekarang.
Tokoh yang saya maksudkan itu ialah Buya Hamka, seorang tokoh pendakwah kelahiran Alam Melayu yang wajar diteladani peribadinya kerana telah berjaya membawa kesatuan kepada umat Melayu melalui pendekatan dakwahnya yang berprinsip.

Nama sebenar beliau ialah Dr. Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah. Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Bagaimana pendirian yang dipegang oleh Buya Hamka dalam permasalahan fiqh?

ANZARUDDIN: Antara resipi kejayaan dakwah Buya Hamka adalah pendekatan bertoleransi yang beliau amalkan ketika berinteraksi dengan persoalan-persoalan khilafiah dalam fiqh.
Contoh yang pertama berlaku ketika Buya Hamka dipertanggungjawabkan sebagai imam dan khatib di Masjid al-Azhar, Kebayoran, Jakarta Selatan.

Pada suatu hari seorang tokoh Nahdhatul Ulama (NU) Kiai Abdullah Syafie datang untuk solat Jumaat di sana. Sebaik sahaja Buya melihat kedatangan tokoh ulama Betawi, beliau meminta Kiai Abdullah menaiki mimbar menggantikannya sebagai khatib.

Buya juga meminta supaya azan dikumandangkan sebanyak dua kali sebagai menghormati kebiasaan yang diamalkan di masjid-masjid yang dikuasai oleh NU yang berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Jadi bukan hanya mimbar Jumaat yang diserahkan, bahkan azan pun ditambah menjadi dua kali, semata-mata kerana Buya Hamka menghormati pendapat sahabatnya.

Inilah contoh dua orang tokoh ulama sejati yang ilmunya mendalam dan wawasannya luas. Siapa yang tidak mengenali Buya Hamka, pengarang kitab Tafsir al-Azhar yang hebat.

Demikian juga siapa yang tidak mengenali Kiai Abdullah Syafi'i, salah seorang pengasas dan pemimpin Perguruan Asy-Syafi'eyah, yang mana secara umumnya para kiai (ulama) Betawi masa kini adalah bekas murid-murid beliau.

Pada sekitar tahun 1970-an pula, Buya Hamka berkunjung ke Kota Banjarmasin. Pengurus Masjid Jamek Banjarmasin meminta tokoh Muhammadiyah itu menyampaikan khutbah Jumaat. Bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh bekas ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat yang pertama itu?

Beliau terlebih dahulu bertanya kepada pengurus masjid, adakah khatib di situ mesti memegang tongkat? Secara serentak, para jemaah menjawab, "Ya".

Buya Hamka bertanya lagi: "Apakah khatibnya memakai jubah dan serban?" Para jemaah menjawab, "Ya".
Beliau bertanya demikian supaya dapat melakukan adaptasi bagi menyesuaikan dirinya dengan kebiasaan komuniti yang akan dihadapinya. Hal ini perlu dilakukan kerana beliau akan solat di Masjid yang majoriti ahli jemaah dari kalangan NU.

Akhirnya, Buya Hamka muncul sebagai khatib dengan penampilan yang sesuai dengan kebiasaan di Masjid Jamek tersebut. Masyarakat terpukau mendengar khutbah Buya Hamka.

Begitu juga setiap kali hendak mengimami solat subuh. Beliau akan bertanya terlebih dahulu kepada para jemaah, sama ada mereka memilih untuk berqunut atau tidak. Apabila majoriti para jemaah memilih untuk berqunut, maka tokoh Muhammadiyah ini akan mengimami solat subuh tersebut dengan qunut.

Buya Hamka memang tergolong dalam tokoh pimpinan Muhammadiyah yang terkenal sebagai anti qunut.
Walaubagaimanapun hubungan baiknya dengan Kiai Abdullah Syafi'i menyebabkan dia memilih untuk berqunut sebagai menghormati pendapat tokoh ulama itu yang menyatakan bahawa hukum qunut subuh adalah sunat muakkad.

Bagaimana pula ketegasan beliau dalam bab akidah yang telah disepakati?

ANZARUDDIN: Walaupun Buya Hamka terkenal sebagai seorang ilmuwan yang penyabar dan memiliki peribadi yang lembut, beliau adalah seorang ulama yang gigih dan bersikap tegas dalam mempertahankan kebenaran. Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan akidah.

Sebagai contoh, Buya Hamka mengkritik keras Gabenor H. Ali Sadikin (Pemerintah Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta di sekitar tahun 1970-an) yang mencadangkan agar jenazah warga kota Jakarta dibakar sahaja disebabkan oleh kawasan perkuburan awam yang semakin terbatas.

Hamka lantang menegaskan bahawa Islam tidak pernah membenarkan jenazah umat Islam diperlakukan
dengan cara yang demikian.

Beliau menegur Gabenor Ali walaupun antara beliau dan gabenor itu sudah terjalin hubungan yang erat sejak sekian lama.

Buktinya, Buya Hamka sendiri yang telah membimbing Gabenor itu secara khusus ketika menunaikan haji.
Hamka juga mengkritik hebat cadangan mengadakan perayaan Krismas dan Aidilfitri bersama, kerana pernah secara kebetulan kedua-dua perayaan itu jatuh pada tarikh yang berdekatan antara satu sama lain.

Dalam salah satu tulisannya yang berjudul Toleransi, Sekularisme, atau Sinkretisme, Hamka menyebut bahawa tradisi kongsi raya (merayakan hari-hari perayaan agama yang berbeza secara bersama) sebenarnya tidak dapat menyuburkan toleransi beragama.

Sebaliknya, menurut beliau, apa yang akan disuburkan ialah sifat hipokrit (kemunafikan).
Pendirian tegas Buya Hamka mengenai krismas dan aidilfitri itu seterusnya menjadi fatwa MUI yang diketuai oleh beliau.

Menurutnya, hukum merayakan krismas dan aidilfitri secara bersama adalah haram. Kerajaan Indonesia melalui Menteri Agama, Alamsyah Ratuprawiranegara meminta MUI menarik-balik fatwa tentang haramnya umat Islam terlibat dalam sambutan kongsi raya (merayakan krismas bersama-sama dengan para penganut Kristian).

Pada bulan Mei 1981, Hamka memilih meletakkan jawatan sebagai Ketua MUI kerana merasakan nasihatnya tidak lagi dipedulikan oleh kerajaan Indonesia.

Pendirian Hamka yang tegas dalam mempertahan-kan akidah sangat jauh berbeza dengan para pendokong faham pluralisme agama.

Beliau tidak ragu-ragu melepaskan kedudukannya demi sesuatu yang diyakininya benar. Tiga bulan kemudian, iaitu pada 24 Julai 1981, Hamka pulang ke rahmatullah.

Apakah kesan kepada masyarakat awam Islam akibat seriusnya fanatik mazhab ini?
ANZARUDDIN: Salah satu perkembangan yang menyedihkan dalam masyarakat Islam nusantara dewasa ini ialah makin kuatnya kecenderungan meninggalkan akhlak ketika menghadapi perbezaan dalam persoalan fiqh.
Seriusnya sikap fanatik mazhab ini sampai ke peringkat di mana seseorang itu sanggup menuduh sesat kepada sesiapa sahaja yang melakukan amalan yang berbeza dengannya.

Sifat taksub di kalangan pengikut mazhab cukup membimbangkan kerana mereka nampaknya lebih mengutamakan qaul mazhab daripada nas-nas yang sahih. Apa yang sepatutnya menjadi pegangan adalah al-Quran dan al-sunnah.

Gamatnya pertelagahan di kalangan para pendokong mazhab yang berbeza menyebabkan umat Islam mengabaikan tanggungjawab menyelesaikan pelbagai masalah lain yang melanda diri mereka.

Sayangnya kerana banyak tenaga umat Islam telah dihabiskan untuk berpolemik dan bercakaran sesama sendiri. Andainya umat Islam tidak dilalaikan dengan isu perbezaan fiqh, tentunya mereka lebih dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar termasuk pencerobohan Yahudi di bumi Palestin, sikap diskriminasi golongan Kristian di Amerika, pembunuhan umat Islam di Afghanistan dan sebagainya.

Lalu, apakah jalan keluar bagi konflik fanatik mazhab ini?

ANZARUDDIN: Jalan keluar dari belitan konflik fanatik mazhab yang melanda kini sebenarnya dirumus dalam ungkapan keramat al-'Allamah al-Sayyid Muhammad Rasyid Redha: "Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berlapang dadalah dalam hal-hal yang diperselisihkan".

Pendekatan dakwah yang dibawa oleh al-Sayyid Rasyid Redha inilah sebenarnya yang telah diadaptasi oleh Buya Hamka dalam konteks alam Melayu.

Buya Hamka telah menyerap semangat dan pemikiran al-Sayyid Rasyid Redha dan pendahulunya iaitu al-Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan al-Sheikh Muhammad Abduh yang banyak membicarakan tentang cara-cara mengatasi kelemahan dan kemunduran umat Islam

Memang sukar mencari para pendakwah yang memiliki kefahaman fiqh yang mendalam dan akhlak yang terpuji di zaman moden ini. Namun kedua-dua aspek yang dimiliki oleh Buya Hamka itu berjaya menjadikan dakwahnya lebih dapat diterima oleh masyarakat Indonesia di zamannya.

Dalam situasi sekarang yang agak gawat dengan perbalahan umat dan gersang dari nilai-nilai akhlak, tokoh berjiwa besar dan berakhlak tinggi seperti beliau memang amat diperlukan terutamanya di nusantara.
Buya Hamka bukan hanya pandai berkata-kata, malah berjaya memberikan contoh ketegasan sikap dan keindahan perilaku.

Justeru menjadi tanggungjawab kita menghidupkan kembali dan menyebarluaskan pendekatan dakwah Buya Hamka. Sikap dan pendekatannya yang mesra menyebabkan beliau sentiasa berada di tengah-tengah antara dua titik ekstrem.

Walaupun ada pihak yang menganggapnya sebagai lemah, tetapi sebenarnya itulah strategi beliau sehingga boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai situasi.

Alangkah indah dan hebatnya apabila Islam ditampilkan dengan penuh kasih sayang dan kedamaian. Sesiapapun yang mengaku beriman sepatutnya mendahulukan akhlak seperti bertoleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama.

Mungkin boleh kita simpulkan bahawa lebih baik bagi seseorang Muslim itu berakhlak mulia meskipun kurang banyak ibadahnya, daripada banyak ibadahnya tetapi kasar dan buruk akhlaknya.

Jadi, apakah tindakan yang perlu diambil untuk menjernihkan kembali 'krisis' fanatik mazhab yang berlaku?

ANZARUDDIN: Dalam usaha mengembalikan sinar kegemilangan fiqh Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Buya Hamka berjaya mengembalikan budaya tasamuh (toleransi) dalam kalangan umat Islam.
Sikap tasamuh merupakan resipi penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi sahabat serta tabien dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.
Ia termasuk sikap berlapang dada dalam menerima pandangan yang berbeza, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain serta tidak fanatik kepada pandangan sendiri.

Dalam kata lain, mengembalikan semula pendekatan dakwah Hamka iaitu mendahulukan persoalan akhlak berbanding fiqh, memang sangat diperlukan bagi meredakan pelbagai konflik dalaman yang sedang membelenggu umat Islam dewasa ini.
Sebenarnya pendekatan yang digunapakai oleh Buya Hamka adalah manifestasi akhlak dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi.

Sebab itulah jika kita menelusuri sejarah, kita akan dapati bahawasanya para imam mazhab juga turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan namun mereka tidak pernah cuba memonopoli kebenaran.
Dengan kata lain, walaupun mereka berbeza pendapat dalam banyak perkara cabang, mereka tidak pernah berpecah-belah. Hati mereka tetap bersatu di bawah payung ukhuwah. Maknanya, mereka berbeza tetapi tetap saling menghormati dan bertoleransi.



Sumber: Utusan Malaysia. 7 Rabiul Akhir 1431.

Selasa, 16 Mac 2010

HIKMAH..

Sekadar mahu berkongsi dengan kalian pengunjung2 blog yang saya kasihi..
Berikut adalah email yang diterima kami dari salah seorang pensyarah Jabatan kami bagi menjawab persoalan yang dipersoalkan oleh pemberi soalan, yang mana soalan tersebut berbunyi..

  • " Ustaz pernah kata, golongan Muktazilah ini berpegang bahawa setiap perkara itu mesti ada hikmah. Ada kawan saya yang bersetuju bahawa Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Jadi, bagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam persoalan hikmah ini. Bagaimana saya hendak menjawab persoalan dari kawan2 saya yang dari jabatan lain yang kata setiap benda mesti atau wajib ada hikmah."
Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pensyarah kami serta beberapa ulasan dan pendapat turut diberi:..

  • "Memang kebiasaan, pelajar-pelajar Usuluddin dituduh sesat atau pelik (samada dengan lafaz atau sekadar dengan makna) kerana perbezaan pandangan dengan pelajar lain. Secara tradisinya Jabatan Usuluddin samada pensyarah atau pelajar menjadi pendokong kepada Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang bersikap dinamis (tidak statik) dan progresif (tidak jumud dan rigid) dengan semua ilmu dan disiplin termasuk Akidah, Fiqh, Tasawwuf, mahupun falsafah (yang sering dipertikaikan oleh orang lain khususnya yang kurang ilmu dalam bidang falsafah)."
  • "Sikap sedemikian yang berlandaskan pemikiran wasatiyah dan moderate wajar dipertahankan, namun pendekatan untuk berhadapan dengan pelajar jabatan lain juga harus moderate dan wasatiyyah. Mungkin tidak semua perkara perlu diberitahu atau disampaikan, namun prinsip-prinsip seperti dalam isu akidah wajar diketengahkan untuk menjelaskan kekeliruan dalam hal ini seperti isu hikmah ini, tetapi janganlah sampai menimbulkan pertelagahan. Perkara sebegini pernah berlaku. Diharapkan tidak berlaku lagi pada waktu sekarang. Harap ia sekadar perbincangan antara pelajar."
Untuk menjawab pertanyaan itu,

  • " Hikmah adalah untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Tuhan tidak perlukan apa-apa hikmah untuk membuat apa-apa. Tuhan membuat sesuatu atas kehendakNya. Persoalan hikmah, faedah, manfaat adalah menurut kacamata manusiawi. Sedangkan hakikat sesuatu tidak mungkin difahami secara hikmah melainkan sekadar memuaskan akal manusia sahaja. Ya  betul setiap perkara tidak dijadikan dengan sia-sia, ada manfaatnya, tapi bukan kerana manfaat itu Allah menjadikannya. Ini kerana Allah tidak boleh terikat dengan sesuatu tujuan atau tanggungjawab yang secara langsung boleh membawa kepada pengurangan kepada sifat Ketuhanan yanga mana ia adalah mustahil. Hikmah, manfaat, dan sebagainya adalah perkara mendatang, bukan perkara pangkal atau sebab."

Rabu, 10 Mac 2010

PENDAPAT PENULIS MENGENAI TEORI KEWUJUDAN TUHAN OLEH IBNU SINA.


Hanya sebahagian sahaja yang saya jelaskan mengenai teori kewujudan Tuhan menurut pandangan Ibnu Sina kali ini..Ada lagi banyak pages tentang teori yang dibawa ni, mybe lain kali saja di jelaskan, takut ada yang senget kepala nak memahamkannya..alright..
Pertama:

Alam ini ialah makhluk yang baru dicipta oleh Allah S.W.T setelah sebelumnya ia tiada. Ini berdasarkan dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ (kesepakatan) umat Islam. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.(Al-Quran Al-A’araf 7:54)

Sesungguhnya membahagikan kewujudan kepada “wajib al-wujud” dan “mumkin al-wujud” yang (diciptakan) selepas sebelumnya tidak wujud; pembahagian tersebut adalah dianggap suatu kerosakan yang sudah sedia maklum diketahui oleh semua orang yang berakal. Selain Allah semuanya bersifat baru, ia wujud setelah asalnya ia tiada dan bahawasanya Allah S.W.T adalah Pencipta bagi setiap sesuatu yang pada asalnya tiada. Hanya Allah sahaja yang bersifat kekal dan qidam dan sudah tentulah apa yang selainNya bersifat baru kerana asalnya tiada.



Kedua:
            Allah S.W.T hanya mengetahui yang terperinci sahaja. Teori ini di tolak kerana Allah S.W.T dalam asma al-husnaNya, Allah swt. disebut sebagai Al ‘Alim (Yang Maha Mengetahui).
Bahwasanya ilmu Allah tidak terbatas. Dia mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, yang dahulu, sekarang, ataupun besok, baik yang ghaib maupun yang nyata. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.(Al-Quran Al-Hajj 22: 70)

                Ilmu Allah S.W.T Maha Luas, tidak terjangkau, dan tak terbayang oleh akal fikiran, tiada terbatas. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan yang akan terjadi serta yang mengaturnya. Manusia, malaikat, dan makhluk manapun tak akan mampu menyelami lautan ilmu Allah S.W.T. Bahkan untuk mengetahui ciptaan Allah sahaja manusia tidak akan mampu. Tentang tubuh manusia itu sendiri sahaja, tidak semuanya dapat dicapai oleh manusia walaupun melalui kemajuan ilmu pengetahuan mahupun teknologi canggih masa kini. Semakin didalami semakin jauh pula yang harus dijangkau, dan semakin banyak pula misteri yang harus manusia selidiki.


Ketiga:
Hujah yang dikeluarkan oleh Ibnu Sina iaitu nyata sama sekali tidak munasabah. Hal ini kerana sepertimana yang umat kita tahu bahawasanya Allah itu bebas dengan sifat IradahNya untuk menciptakan segala apa yang Dia kehendaki.

            Seperti contoh teori Ibnu Sina mengatakan bahawa alam ini terhasil melalui proses emanasi. Dapat dilihat disini ianya bertentangan sekali dengan prinsip dalam al-Quran iaitu dalam Firman Allah Ta’ala:

Maksudnya: Allah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy’. Bagimu tidak ada seorang pun pemolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memerhatikan? Dia mengatur segala urusan dari langit dan bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun tahun menurut perhitunganmu.(Al-Quran Al-Sajadah 32: 4-5)

            Di sini, apa yang dapat difahami ialah penjelasan mengenai penciptaan langit dan bumi ini ada tempoh yang tertentu sewaktu penciptaannya. Hal ini jelas menolak pandangan Ibnu Sina alam ini wujud hasil daripada limpahan Allah. Bukan itu sahaja, di dalam teori Ibnu Sina juga ada menyebut bahawa Allah s.w.t itu tidak mempunyai pilihan untuk mengawal penciptaannya. Di samping itu, perhatikan pada ayat kelima yang menjelaskan bahawa segala peraturan langit dan bumi diuruskan oleh Allah Ta’ala mengikut kadarnya. Jelas sekali di sini kami menolak hujah Ibnu Sina yang mana penggunaan teori akal yang dibawa oleh Ibnu Sina dalam konteks ketuhanan menyebabkan penggunaan berbilang akal, dan wujud darjat di antara setiap susunan akal dan jiwa semasa berlakunya proses emanasi.

Keempat:

Maksudnya: Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun. Dan kami hamparkan bumi itu dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingati Allah)”.( Al-Quran Qaaf 50: 6-8)

            Berdasarkan ayat di atas, kami lihat di sini, apabila manusia berfikir mengenai kejadian langit dan bumi serta segala apa yang terkandung di antara keduanya, secara tidak langsung ia menggalakan manusia untuk meneliti, mengkaji dan memahami proses penciptaan alam mengikut sunnahNya. Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Ibnu Sina telah berusaha untuk membawa manusia memikirkan dalam teori falsafahnya mengenai teori kewujudan tuhan dari sudut antologi dan kosmologinya.

Khamis, 4 Mac 2010

WAJIB AL-WUJUD DAN MUMKIN AL-WUJUD.


Pertamanya, nk minta maaf la sbb t'lalu kecil gambarajah dalam jadual (post sebelum ni). Untuk memahami gambarajah tersebut pada saya bukanlah mudah untuk memahaminya. Saya terpaksa ber'amiginasi' sendiri, apakah yg sbenarnya yg ingin disampaikan oleh Ibnu Sina. 


   
“Wajib al-wujud” bererti sesuatu itu wajib ada, tidak boleh tidak. Secara ringkasnya, mengikut logik prinsip akal, sesuatu itu mesti ada dan mustahil tidak ada. Oleh itu, kesempurnaan wujud ini adalah kerana zatNya, bukan kerana sesuatu yang disandarkan terhadap zat “wajib al-wujud”. Hal ini kerana, kesempurnaan wujud adalah kesempurnaan kebaikan iaitu sesuatu yang diperlukan oleh semua, maka dengan “wajib al-wujud” ini, sempurnalah kewujudan yang lain. Maksudnya, segala yang ada adalah daripada kesempurnaanNya. Oleh sebab itu, “wajib al-wujud” adalah bersifat ‘aqil, ‘aqlu dan ma’qul serta bersifat Esa dan Hakikat yang tertinggi. “Wajib al-wujud” ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: (Parviz Morewedge 1973: 53-54)
a)      “Wajib al-wujud bizatihi” ialah kewujudan yang kerana zatNya dan bukan kerana sesuatu yang lain iaitu sesuatu itu berdiri dengan zatNya sendiri.

b)      “Wajib al-wujud bighairi zatihi” pula adalah sesuatu yang wujud kerana ada yang lain tetapi tidak semestinya jika tidak ada yang lain ianya tidak wujud. Oleh itu, “wajib al-wujud bighairi zatihi” merupakan “mumkin al-wujud lizatihi”.
“Mumkin al-wujud” pula bermaksud tidak ada kewajipan baginya untuk wujud atau tidak wujud. Maksudnya jika tidak wujud pun tidak mengapa. Hal demikian kerana sesuatu perkara tidak semestinya wujud dengan sebab sesuatu. Contohnya angka empat berkemungkinan wujud hasil daripada angka dua ditambah dengan dua. Kemungkinan angka empat ini tidak wujud jika tidak ada angka yang lain untuk mewujudkannya. Hal ini menjelaskan “mumkin al-wujud” ini ialah sesuatu keadaan yang tidak harus wajib wujud dengan dirinya dan dengan selainnya berlaku secara serentak. Ringkasnya, jika diandaikan sesuatu itu tidak ada atau diandaikan ada, natijahnya sesuatu itu boleh ada dan tidak ada. Hal demikian membentuk dua keadaan iaitu: (Parviz Morewedge 1973: 50-53)
a)      Jika sesuatu itu terpisah dengan sesuatu yang lain dan kekal kewujudannya maka natijahnya sesuatu itu wujud dengan zatnya sendiri (wajib al-wujud).

b)      Jika sesuatu itu terpisah dengan sesuatu yang lain dan tidak kekal kewujudannya, maka natijahnya sesuatu itu wujud bukan dengan zatnya sendiri (mumkin al-wujud). Seperti “Mumkin al-Wujud”. Setiap sesuatu ada sebab, dan sebab-sebabnya adalah infiniti. Contohnya jika A adalah penyebab kepada B, B penyebab kepada J, J penyebab kepada D, D penyebab kepada A. Rantaian  ini akan menjadi rantaian sebab.  Ia telah dibuktikan bahawa mesti ada sebab luaran kepadanya. Ketidakmunasabahan perbincangan tentang kebebasan sebab juga terdapat didalam pembuktian yang lain.  Jika D adalah penyebab kepada A, penyebab kepada penyebab kepada B dan J ialah disebabkan A. Dengan itu, sesuatu entiti akan bertindak sebagai sebab dan penyebab. Justeru, setiap entiti akan kembali kepada “Wajib Al-Wujud” kerana ia adalah sumber limpahan kepada entiti yang lain. (Parvis Morewedge 1973 : 59)

The Relationship between the Necessary Existance and the Contingent Realm.


(SUBJEK)
AKAL YANG KE-
SIFAT
ALLAH SEBAGAI WAJIB AL-WUJUD MENGHASILKAN
DIRINYA SENDIRI SEBAGAI WAJIB AL-WUJUD LIGHARIHI MENGHASILKAN
DIRINYA SENDIRI
MUMKIN AL-WUJUD LIZATIHI
KETERANGAN
1


2


3


4


5


6


7


8


9


10

WAJIB AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

MUMKIN AL-WUJUD

AKAL 2


AKAL 3


AKAL 4


AKAL 5


AKAL 6


AKAL 7


AKAL 8


AKAL 9


AKAL 10

JIWA 1 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 2 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 3 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 4 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 5 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 6 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 7 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 8 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 9 YANG MENGGERAKKAN

JIWA 10 YANG MENGGERAKKAN
LANGIT PERTAMA

BINTANG-BINTANG

ZUHAL


MUSHITARI


MARIKH


MATAHARI


UTARID


ZUHRAH


BULAN


BUMI,
ALAM
PERTAMA YANG MENJADI DASAR DARI EMPAT UNSUR
(AIR, API ANGIN DAN TANAH)

SETIAP JIWA
BERFUNGSI SEBAGAI PENGGERAK SATU PLANET KERANA AKAL TIDAK MAMPU MENGGERAKAN JISIM ALAM.

AKAL 10 TIDAK LAGI MEMANCARKAN AKAL-AKAL BERIKUTNYA KERANA KEUATANYA SUDAH LEMAH.

Selasa, 2 Mac 2010

TEORI KEWUJUDAN TUHAN MENURUT IBNU SINA..

alhamdulillah..selesai juga presentation falsafah Islam hari ini..rasa lega yang teramat sangat..sebelum presentation tadi, solat zuhur dulu..apa lagi,mohon petunjuk dari Allah sememangnya,risau juga mula-mula sebab tajuk yang kami bawa ini mengenai Tuhan, silap paham habislah....
sepanjang proses menyiapkan assigment falsafah ini,hampir sahaja nak gila.Sahabat saya sampai demam-demam tapi saya alhamdulillah masih lagi sihat..cuma terlampau letih.Badan letih, mata letih, mulut letih, telinga letih, jari letih, perut pun sama letih..hihihihi..tapi semuanya berbaloi-baloi..jom kita lihat diantara isi assigment saya ni.
Sebelum tu,apa yang saya nak kata ialah perbahasan yang kami bincangkan ini ada part-part yang memeningkan kepala kita..
Jadualnya akan saya letakkan untuk post seterusnya..
Wallahu a'lam..



1.PERBAHASAN KONSEP EMANASI.
Teori emanasi atau “Al-Faid” dikenali sebagai satu proses limpahan. Di peringkat awalnya teori ini adalah  pengaruh daripada pemikiran falsafah neo-platonisme dan menjadi satu bidang perbahasan di kalangan ahli falsafah Islam. Antara yang terpengaruh dengan teori ini ialah al-Farabi yang menggunakan teori emanasi ini, al-Farabi cuba untuk menjawab persoalan mengenai kejadian alam secara rasional. Hal ini ada kaitannya dengan Ibnu Sina di mana beliau juga turut terpengaruh dengan pemikiran al-Farabi, juga merupakan gurunya. Beliau juga cuba menggunakan teori ini dalam membahaskan tentang kewujudan tuhan dan alam. Dalam memahami proses emanasi ini, Ibnu Sina menggunakan teori al-‘Aqlu al-‘Asyarah[1].
            Menurut Ibnu Sina akal yang tertinggi itu adalah tuhan yang mana memancarkan akal pertama. Hasil daripada ta’aqqul akal pertama sebagai ‘wajib al-wujud” maka terpancarlah akal yang kedua yang berta’aqqul sebagai “wajib wujud li-gharihi” lalu menghasilkan an-Nufus al - Awwal (jiwa) yang berperanan untuk mengerakkan langit yang terjauh maka keadaan ini disebut sebagai “Mumkin al-Wujud Lizatihi”.  Seterusnya hasil daripada ta’aqqul akal kedua pula akan memancarkan akal yang ketiga lalu mewujudkan jiwa yang kedua  yang berperanan mengerakkan “falakul tsawabit”[2] maka terhasillah planet musytari  dan proses ta’aqqul ini akan berterusan sehingga sampai kepada akal yang kesepuluh dan terciptanya bumi. Maka dari akal yang kesepuluh ini disebut sebagai Akal Fa’al lalu terpancarlah segala yang ada di bumi dan jua segala yang terdapat dibawah sinaran bulan.  (Parvis Morewedge 1973: 258-262)
Oleh yang demikian, dapat dikatakan disini proses emanasi ini bermula daripada tuhan sebagai “wajib al-wujud”. Bermula daripadanya, terhasillah “mumkin al-wujud”. Hal demikian kerana pada awalnya Tuhan itu bersifat Esa (tunggal) namun Ia hanya memancar dari zat yang Esa. Tambahan lagi, akal pertama iaitu tuhan memancarkan akal yang pertama yang bersifat “wajib al-wujud” yang kemudiannya wujud dalam tiga bentuk iaitu Akal, Jiwa, dan falak - falak (segala yang wujud antara langit dan bumi). Antara sebab berlakunya emanasi itu dalam tiga bentuk ianya disebabkan oleh: (Al-Sharastani 2006: 375-376)
        i.            Ta’aqqul akal terhadap penciptanya yang memancarkan zat akal yang lain. Akal-akal ini merupakan sebagai penggerak secara tidak langsung daripada jiwa (Qudrah).
      ii.            Ta’aqqul akal terhadap zat-Nya sendiri sebagai “wajib al-wujud”. Hasil daripada ta’aqqul ini memancarkan jiwa yang darjatnya lebih rendah daripada akal dan jiwa ini juga berperanan sebagai penggerak secara langsung falak.

    iii.            Ta’aqqul akal sebagai “mumkin al-wujud” yang ada pada zat Tuhan maka terjadilah alam semesta ini. Kemunculan atau limpahan kedua berlaku kerana akal pertama boleh memantul dua kali ganda ke atas alamnya ,
Motif utamanya adalah untuk menggerakkan dunia, bukan sebagai pencipta. Jadi menurut pandangan Ibnu Sina ini, Tuhan sebagai “wajib al-wujud” itu adalah hanya sebagai penggerak yang pertama bukan sebagai pencipta. Menurutnya lagi, akal ini tidak mampu untuk menggerakkan alam yang berjisim, oleh sebab itulah ada jiwa untuk menggerakkan alam ini. Selain itu, menurut Ibnu Sina akal-akal yang melahirkan jiwa-jiwa tersebut adalah malaikat Allah dan akal al-fa’al atau akal kesepuluh merupakan malaikat Jibril kerana alam berkait rapat dengan akal-akal malaikat hingga berhubung dengan “wajib al-wujud”. (Yuhanna Qamir 1968: 30)
Di samping itu, Ibnu Sina mengatakan bahawa setiap falak yang terjadi ialah limpahan jirim-jirim langit yang terdiri daripada empat elemen iaitu ringan dan berat. Bagi elemen yang ringan ianya akan cenderung untuk naik ke atas manakala bagi elemen yang berat pula ia cenderung untuk turun ke bawah. Seterusnya elemen pertengahan antara elemen yang ringan dan berat ini akan berada dalam keadaan stabil iaitu berada antara atas dan bawah. Inilah yang digambarkan sebagai kejadian alam iaitu merangkumi unsur air, api, tanah dan angin. (Al-Sharastani 2006: 377)
            Di samping itu, Ibnu Sina turut menyatakan bahawa proses emanasi ini berlaku  atas Tuhan redha dengan apa yang dilimpahakan olehNya. Sebagaimana yang diketahui, sesuatu zat tidak berjisim dan tidak berjirim serta segala entiti yang wujud adalah kerana ZatNya. Oleh itu, pencipta makhluk itu mustahil untuk berniat untuk mengqasadkan sesuatu tentang penciptaanNya seperti kejadian langit dan bumi dan segala yang ada diantara kedua-duanya. Justeru, setiap yang menjadi sebab (illat) bagi sesuatu yang lain adalah lebih sempurna dari kewujudan yang lain. (Al-Sharastani 2006: 380)


[1]  Akal sepuluh.
[2]  Planet-planet.

Catatan Popular