Maafkan Teman
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....
Lagu & Lirik: Ahmad Fadzli Bakar
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD
Alhamdulillah, syukur Ana kehadrat Allah s.w.t yang telah melimpahkan kasih sayang terhadap hamba-hambaNya. lirik lagu di atas di nukil dari kumpulan Far-East, Ana bukan sengaja nak copy tapi inilah lagu yang dikirim oleh sahabat Ana yang kini sudahpun selamat berada di Bumi Anbiya' meneruskan perjuangan mencari redha Allah. Kami sama-sama memasang cita-cita untuk meneruskan pengajian di Bumi Anbiya' tapi ini semua rezki Allah, Ana punya rerzki di tanah air sendiri, alhamdulillah...dan sahabat Ana berjaya mencapai impiannya..semoga kami sama-sama beroleh kejayaan.. Oleh kerana kerinduan Ana padanya tidak mampu untuk dilafazkan, dan hanya titisan air mata yang mampu mengalir dan Ana hanya mampu kirimkan sepotong doa setiap saat setiap detik untuknya.Inilah kali pertama kami terpisah, untukmu teman, maafkanlah diri ini andai adakalanya diri ini terlewat mengirim khabar hingga dirimu rasa ku sudah melupaimu..