Rabu, 27 Oktober 2010

:: SELAMAT MALAM::


bismillahirrahmanirrahim..

hukhuk..tiba2 nak citer pasal bab tido plak..yela..musim exam ni..tido main belasah je..kat surau pon jd..
doa nak tido doa bangun tido pon ntah ke mna...

ha,ni de satu qit'ah, ak terbaca kat buku..bunyinye cmni....hmmm...

Orang2 kita biasa berpesan, sebelum tidur kebut dahulu tilam dengan sarung atau selimut. Pesanan ini sebenarnya bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Lebih seribu empat ratus tahun yang lalu, baginda berpesan: "Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan menimpanya." (shahih al-Bukhari)

Ketahuilah bahawa manusia terbahagi kepada tiga kategori pada waktu malam. Kategori pertama ialah mereka yang mendapat pahala, iaitu mereka yang menjadikan tidurnya sebagai suatu ibadah. Kedua ialah mereka yang mendapat dosa iaitu mereka mereka yang melakukan maksiat pada malam hari atau melakukan aktiviti sia-sia hingga lewat dan terluput waktu sembahyang subuh. kategori ketiga pula ialah mereka yang tidak mendapat pahala atau dosa, iaitu mereka yang mnejadikan tidur sekadar aktiviti kebiasaan. Tambahan lagi, kalau tak baca doa sebelum dan selepas tidur.


huhu..tp xde la smpai tido kat atas timbunan buku2..mcm kat atas ni..haha..

Catatan Popular